Sunday, April 13, 2014

Tahun Baru Semangat Baru 2014

ASSALAMUALAIKUM
salam sejahtera :]

Alhamdulillah. Telah tiba sudah ke tahun baru 2014. Moga tahun ini kehidupan kite lebih berkat dan dimudahkan rezeki. Dikurniakan kesihatan yang sempurna untuk menjalani hari hari yang mendatang. Saya doakan agar anak-anak Ceriaku lebih semangat dan ceria serta dilapangkan dada untuk menuntut ilmu. Dan kepada warga Ceriaku, ibuayah serta staff kami saya doakan agar lebih bersemangat untuk melaksanakan kerja-kerja harian untuk mencari rezeki untuk anak-anak kita :)


Seluruh warha Tadika Ceriaku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua staff dan ahli keluarga serta anak didik kami. Tahun baru dengan semangat baru semoga kita semua memperoleh kejayaan. In syaa Allah. Aamin~

Alhamdulillah. Anak-anak kami kelihatan Ceria di hari pertama 2014.

Putera Puteri kami di Hari Orientasi 2014 :)

Wajah baru sekolah kami 2014 :)

SELAMAT TAHUN BARU 2014 :D



Thursday, December 13, 2012

Fashion-Show Si Comel

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah. Berjumpa kita untuk kesekian kalinya. Bagi menutup tirai tahun 2012. Tadika Ceriaku sekali lagi telah menyertai satu lagi majlis besar bagi meraikan bakat anak didik kami. Pada 9 Disember 2012 yang lalu, Tadika Ceriaku telah menyertai Pertandingan Pakaian Beragam anjuran Persatuan Belia Negeri Melaka yang dianjurkan di Datara Pahlawan Melaka bersempena Karnival Jom Layan Orang Muda. 

Setiap tadika dihadkan penyertaan tiga orang peserta dengan tema bebas. Hampir 20 tadika yang menyertai pertadingan ini dan antaranya ialah Tadika Ceriaku. Kami telah menghantar wakil seramai 3 orang yang masing-masing bertemakan Sweet Indian Girl, Eskimo Boy, dan Sweet Chinese Girl. Dengan bakat yang ada, dan usaha sama daripada ibu bapa dan guru-guru untuk melatih mereka, hasilnya adalah yang terbaik. Tiada masalah yang timbul sama ada tangisan mahupun segan silu. Begitu juga dengan peserta daripada tadika lain. Kami sangat bangga dengan bakat dan keyakinan mereka. 

Sweet Indian Girl :)

Sweet Chinese Girl :)

Eskimo Boy :)

Walaupun tidak meraih hadiah lumayan yang disediakan. Tetapi kami tetap menghargai dan bangga atas apa yang mereka telah lakukan. Susah untuk kita lihat anak-anak sekecil 4 dan 5 tahun itu mampu memperagakan pakaian cantik mereka seolah-olah seorang model atau Miss Universe yang sedang memperagakan baju mereka yang direka khas oleh pereka terkenal yang berjuta harganya di pentas international. Cukup bangga! Tahniah kami ucapkan kepada adik-adik yang berjaya. 

si cantek dan kacak :)
comelnye mereka :)



Inilah aktiviti terakhir bagi sesi 2012. Moga tahun depan kami diberi kesempatan untuk mengadakan pelbagai aktivti yang lebih menarik. Doakan kesejahteraan dan kejayaan kami dan anak didik kami. Kepada si cantik anggun dan kacak bergaya, moga success selalu! :)

TADIKA CERIAKU :)

Konvokesyen 2012

ASSALAMUALAIKUM

Pada 3 November 2012 yang lalu, Tadika Swasta Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Konvokesyen Peringkat Negeri bagi tahun 2012. Konvokesyen ini telah diadakan secara besar-besaran di Rumah Media, MITC, Ayer Keroh, Melaka. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar tadika swasta di seluruh negeri Melaka khususnya pelajar 6 tahun yang bakal menjejakkan kaki mereka ke alam persekolahan (Tahun 1) pada tahun hadapan. 

Hampir kesemua tadika swasta di negeri Melaka turut menyertai majlis konvokesyen ini. Ramai ibu bapa yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis untuk menghargai anak-anak mereka. Terima kasih kami ucapkan. Dengan berkat kerjasama daripada anak-anak, guru-guru dan ibu bapa majlis ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurnanya. Alhamdulillah. Persembahan yang dipersembahkan oleh adik-adik kita telah menambat hati para tetamu. Bakat yang ditonjolkan membuatkan para guru berasa berpuas hati atas usaha yang dikerah bersama mereka. 

Para pelajar Tadika Ceriaku turut menyertai Majlis Konvokesyen tersebut. Terserlah keceriaan di wajah mereka sewaktu kaki melangkah kepentas untuk menerima sijil khas yang disediakan untuk mereka bagi menghargai titik peluh mereka selama menuntut di tadika masing-masing. Terpancar wajah kegembiraan ibu bapa melihat anak-anak mereka yang sekecil itu telah menunjukkan kejayaan yang amat besar kiranya bagi peringkat mereka. Tahniah diucapkan kepada anak-anak didik kami semua. 

Kepada mereka yang bakal memasuki alam persekolahan tahun 1. Semoga berjaya kami ucapkan. Doa kami sentiasa bersama anda. Kepada adik-adik yang masih belajar di tadika, teruskan usaha dan moga berjaya kelak seperti kakak dan abang mu itu. Moga lebih ramai lagi si kecil yang berjaya yang bakal kami lahirkan. In syaa Allah. Aamin :) 


Pelajar Tadika Swasta Negeri Melaka :)

Anak Didik Tadika Swasta :)



Si Kecil Tadika Swasta :)

Persembahan murid 

TAHNIAH (!)
*antara yang berjaya

TAHNIAH (!)
ANAK DIDIK TADIKA CERIAKU :)

# keceriaan anda sentiasa bersama kami

Friday, October 26, 2012

PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN RHB BANK

ASSALAMUALAIKUM

Pada 24 Oktober 2012, Tadika Ceriaku telah menjalankan pertandingan mewarna peringkat Negeri Melaka anjuran RHB Bank bersempena dengan Majlis Konvokesyen Tadika Swasta Negeri Melaka 2012. Aktiviti ini telah diadakan dengan jayanya bersama kerjasama daripada pihak ibu bapa dan guru-guru. Pada pagi yang damai dan ceria, murid-murid Tadika Ceriaku telah bersedia seawal pukul 8.00 pagi untuk menanti kedatangan pihak RHB Bank. 

Tepat jam 9.40 pagi wakil pihak RHB Bank, Encik Khairul, telah datang ke tadika kami untuk mengendalikan program ini. Pihak bank telah menyediakan cenderahati untuk semua murid-murid yang menyertai pertandingan ini. Seramai 24 orang murid telah menghantar borang untuk menyertai pertandingan ini. Sebanyak RM10 bayaran dikehendaki bagi setiap penyertaan dan pembukaan akaun RHB Bank. 

Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori pertama untuk murid-murid 3 dan 4 tahun, serta kategori kedua untuk 5 dan 6 tahun. Murid-murid kelihatan begitu gembira dan ceria sepanjang aktiviti dijalankan. Pertandingan mewarna ini berlangsung selama 45 minit dan berakhir pada jam 10.35 pagi dengan jamuan ringkas untuk wakil pihak bank yang hadir.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak RHB Bank atas program yang dijalankan. nama bagi para pemenang akan diumumkan pada Majlis Konvokesyen Tadika Swasta Negeri Melaka yang akan diadakan pada 3 November 2012 yang akan datang. SEMOGA BERJAYA ye adik-adik (!)

KATEGORI 3 dan 4 tahun

KATEGORI 5 dan 6 tahun

A BIG THANK YOU :)

Sunday, February 5, 2012

PENDAFTARAN 2012

ASSALAMUALAIKUM
and a very GOOD EVENING for non-muslim :)

Alhamdulillah. kita sudah sampai ke awal bulan Februari. Kali ini kami akan berkongsi serba sedikit mengenai perjalanan Tadika kami pada permulaan tahun 2012. Dengan berkat usaha sama para guru dan pengasuh, pendaftaran bagi sesi 2012 yang telah dibuka berjalan lancar dan mendapat sambutan yang hangat. Tidak diduga yang kami akan menerima begitu ramai anak-anak baru dan juga anak-anak yang lama yang tetap bersama kami. Kami berasa sangat gembira.


Melihat semangat anak-anak yang datang seperti ingin ke sekolah besar dengan pakaian yang serba baru dari atas sampai ke bawah walaupun hanya ingin ke tadika. Gelagat anak-anak kecil ini sangat lucu. Seperti biasa, pada awal tahun suasana agak sibuk kerana kami menerima pendaftaran baru dan pada masa yang sama kami perlu memulakan sesi permbelajaran seperti biasa. 

Seperti tahun-tahun yang lalu. Jadual aktiviti dan silibus pembelajaran masih sama tetapi cara para guru mengajar mungkin sedikit berlainan. Para guru telah menggunakan teknik yang lebih menarik untuk memudahkan anak muridnya faham tetang apa yang diajari dan juga supaya mereka tidak bosan. Untuk menyambt pendaftaran anak-anak pada tahun 2012, kami telah menceriakan lagi suasana dengan imej tadika yang baru. 




Kami berharap akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan untuk sepanjang tahun ini. InsyaAllah. Untuk pengetahuan semua, harga yang telah ditetapkan buat masa ini masih sama dan tiada perubahan. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah, boleh berbincang dengan pihak kami. Kami akan menyediakan layanan yang terbaik untuk anak-anak pada tahun 2012. Moga Allah mempermudahkan segalan urusan kita bersama pada tahun baru yang CERIA ini. Aamin~


pelajar tahun 6 (2011)

Sunday, January 15, 2012

WELCOME :)

ASSALAMUALAIKUM
a very good evening for non muslim :]

Firstly, nak cakap SELAMAT DATANG ke blog kami. Untuk makluman semua blog ini adalah blog rasmi TADIKA CERIA. Hari ini saya ingin merasmikan pembukaan blog untuk tadika ini. Tapi kite akan buat secara santai-santai sahaja supaya pembaca tak akan rasa bosan ketika membaca blog kami ini. Sebenarnya dari dulu lagi pernah teringin nak buat. Tapi tak berkesempatan lagi. 

Okeyh. Kalau ikutkan saya memang tidak ade kene mengena dalam tadika ni secara lagsung tapi memadangkan ibu dah cakap secara rasmi yang anak-anak ibu akan mewarisi tadika ibu, jadi saya mewakili adik-beradik saya yang lain berusaha untuk memajukan tadika ibu dari jauh. Anak-anak ibu semua masih belajar. Jadi saya yang rajin ini dan yang selalu turun padang untuk membantu ibu terutama ketika cuti semester akan terus membantu ibu dalam memajukan tadika nya meskipun dari jauh.

Untuk maklumat lanjut mengenai TADIKA CERIAKU kami. Saya akan update dalam post setersnya. Mohon kepada para pembaca untuk menjadi pembaca setia dan terus menjadi folower kami. Sememangnya blog ini khusus untuk para ibu bapa di luar sana yang mungkin sedang mencari tempat untuk menghantar anak-anak anda belajar dan diasuh. Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam bentuk pembelajaran. Teruskan membaca dan menyokong kami. 

TERIMA KASIH :)

Followers